masa itu emas

Monday, 1 October 2012

karangan ucapan

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, guru-guru,  dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum w.b.t. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis ini.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya selaku ketua pengawas sekolah, ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru kerana mengadakan jamuan perpisahan pengawas sekolah bagi tahun 6 2011.

Sepanjang empat tahun kami memegang jawatan sebagai pengawas sekolah ini, banyak pengetahuan yang kami peroleh. Di samping itu, kami juga dapat menjalankan tugas sebagai pengawas sekolah dengan jayanya berkat bimbingan para guru dan kerjasama daripada semua murid Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2.

Guru-guru dan rakan-rakan sekalian,

Saya mewakili pengawas sekolah juga berjanji akan menjadikan pengalaman sepanjang kami menjalankan tugas di sekolah ini sebagai bekalan dan pemangkin untuk menjadi pengawas yang lebih cemerlang dan berdedikasi sekiranya diberi peluang memegang jawatan sebagai pengawas di sekolah menengah nanti.

Namun begitu, walaupun  kami telah cuba sedaya upaya menjalankan tugas sebagai pegawas,tetapi sebagai insan biasa, kami tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Oleh itu. Kami menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada semua guru atas kekhilafan kami ini.


Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya bagi pihak rakan-rakan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mengadakan jamuan perpisahan ini, Sebelum saya mengundur diri, terimalah dua rangkap pantun..
            Pengawas sekolah itulah kami,
            Menjalankan tugas penuh dedikasi;
            Jutaan terima kasih daripada kami,
            Dengan jamuan perpisahan ini.

            Waktu malam pelita diyala,
            Pelita diletak di atas para;
            Guru ibarat lilin meyala,
            Jasa kalian takkan kami lupa.
Sekian, terima kasih.

3 comments: